Saturday, 12 February 2011

Sihat dan sakit adalah anugerah dari Allah subhanahu wataala dan kita harus bersyukur dan redha dengan kehendaknya..

Sejak akhir ani, aku selalu mengadu seringkali gastrik dan sakit kepala.. itu lah tanda stress sepertimana yag dinyatakan oleh teman karib saya. Memang betul.

Tidak dinafikan byk tugasan yg perlu dilakukan tanpa mengira waktu, dan seringkali permintaan dari pihak atasan sangat menguji kesabaran saya. Saya cuba penuhi mana yg boleh dilakukan, tapi yg tak mampu tu, saya surrender lah.. ada lagi org lain yg layak dan boleh melakukannya.. Kadang terfikir nak berhenti sahaja dari melakukan pekerjaan yg agak keterlaluan itu, yg sehingga mengabaikan masa saya untuk mengajar... tapi sungguh sukar untuk menolak atas alasan sukar mencari org lain untuk melakukan tugasan. Sebetulnya tidak susah, asal rajin dan berkarih mencari, semua yg diinginkan itu pasti dapat dicapai, termasuk pemilihan pekerja.

Demam yg dialami sejak malam khamis lalu memberikan kesedaran pada ku untuk lebih berhati2 dalam melakukan tugasan agar tidak mengalami kesengsaraan yg teruk akibat dari kurang rehat dan tidak cukup tidur. Tambahan lagi masalah peribadi yg sering mengganggu fikiran saya..

Nak buat macam mana? bersabar lah saja...