Apa kata sekali sekala kita check amalan harian kita. Manalah tau ada yang tertinggal atau terlupa. Bolehlah kita fine tune. Insyallah…
Macamana Nak Mencantikkan Amalam Harian?
Jangan buang air secara berdiri bagi lelaki kerana itu amalan syaitan.
Perempuan- urut bawah pusat lepas membuang air untuk lebih tos.
Pakai pakaian- pakai kanan dulu.
Sarapan-makan buah-buahan -sebiji pisang paling baik.
Keluar rumah-langkah kiri dulu.
Niat keluar rumah-kalau boleh pasang 10 niat contoh, nak sihat badan, nak cuci dosa, nak jihad, nak dapatkan ilmu, dll
Kalau nampak mat rempit, doa yang baik-baik untuk dia.
Berapa orang yang balik rumah akan senyum?.
Macamana Nak Mencantikkan Amalan Kejiranan?
Doa untuk jiran
Maafkan jiran
Bantu jiran setakat mana yang kita ada
Senyum kat jiran
Macamana Nak Mencantikkan Amalan Pemakanan?
Pastikan halal
Makan berjemaah kalau boleh kerana doa kita akan lebih mudah makbul.
Makan pakai tangan kanan-kerana tangan kanan kita ada enzim yang bila kita pegang sahaja makanan sudah mula dicernakan.
Makan buah dulu
Makan malam kalau boleh sebelum matahari terbenam iaitu sebelum Maghrib
Kunyah 10-20 kali. Kalau makan daging lebih lama kunyah
Jalan 50 langkah selepas makan atau solat 2 rakaat lepas makan
Makanan yang seimbang
Minum air kosong
Macamana Nak Mencantikkan Amalan Bershopping?
Buat senarai ikut keperluan.
Sebelum shopping makan dulu kerana bila dah kenyang, dah kurang ghairah untuk bershopping.
Seimbangkan barang untuk keperluan dunia dan akhirat. Kalau boleh singgah kedai buku untuk tambah ilmu.
Jangan lupa bawa peralatan sembahyang.
Jaga pancaindera- Jangan tengok pusat sangat di pusat membeli-belah.
Macamana Nak Mencantikkan Amalan Sebelum Tidur?
Cuci hati tiap malam sebelum tidur iaitu solat taubat.
Minta maaf pada pasangan sebelum tidur.
Pagar diri dengan ayat 3 Qul sebelum tidur dan usap seluruh badan kecuali tapak kaki dan kemaluan.
Muka hadap ke kiblat.
Tidur mengiring ke kanan.
Macamana Nak Mencantikkan Amalan Bangun Tidur?
Masuk bilik air kaki kiri keluar kaki kanan.
Pakai kain basahan bila mandi.
Basahkan kaki dulu kerana Malaikat Izrael akan cabut nyawa kita dari hujung kaki.
Bengkokkan badan ke kiri untuk lawaskan buang air besar.
Mencantikkan Amalan-amalan yang lain?
Berjalan biar pantas kerana nabi s.a.w berjalan pantas.
Gosok gigi 5 kali setiap sebelum solat.
Bila dapat mimpi buruk-bangun buat macam ludah sebelah kiri dan doa ya allah hindarkan perkara buruk.
Kalau mimpi baik minta Allah makbulkan.
Jangan sampaikan apa yang dimimpi kat orang lain untuk elakkan fitnah.
Sumber: Datuk Dr Fadzilah Kamsah