Terima kasih atas semua sokongan awda semua kerana telah sudi bertandang ke Rumah Terbuka yg telah diadakan pada hari Ahad, 19 Oktober 2008 (semalam).
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin..
Jika ada kurang layanan, saya memohon kemaafan yang tidak terhingga dan juga kepada yang tidak berkesempatan datang, saya juga memohon maaf sekiranya jemputan tidak sampai kepada anda. Saya faham kerana Hari Ahad ialah hari bersama keluarga dan banyak jemputan yang diadakan. Terima kasih atas ingatan anda dan saya bagi pihak ayah dan ibu saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau layanan yang tidak memuaskan dari segi makanan, minuman, serta dari segi masa kami yang agak terhad.. kami sedaya upaya cuba memperbaiki keadaan agar lebih bersesuaian.
Buat teman-teman yang telah datang dari jauh, ada yang sanggup cuti untuk datang ke rumah, saya amat berterima kasih kerana dapat meluangkan masa anda berhari raya dan bermaaf-maafan sesama kita.
Buat rakan sekerja, ramai yang datang, terima kasih atas kesudian abiskita menjamu selera dirumah kami. Maaf jika layanan tidak seberapa bagus, atau kurang layanan kerana ramai tetamu yang bertandang.
Buat semua penuntut SMPW dan bekas penuntut, saya amat berterima kasih atas kehadiran kamu semua bagi menceriakan hari saya dan memberikan saya ruang untuk kenal dengan lebih rapat lagi dengan kamu semua. Semoga kamu semua berjaya dengan cita-cita kamu semua dan juga menjadi orang yang berguna kelak. Amiin..
Tiada apa yang dapat saya ceritakan di sini mengenai dengan Rumah Terbuka tersebut. Cuma gambar sahaja yang dapat memberikan ruang untuk tatapan anda semua. Kepada yang tidak sempat bergambar, saya sekali lagi memohon maaf. Rumah Terbuka berakhir sekitar jam 10.30 malam. Agak penat juga tapi saya amat bersyukur kerana makanan kami habis juga di saat-saat akhir. Alhamdulillah.. tiada pembaziran.. Maaf kerana tidak berkesempatan memberikan gambaran tentang juadah yang disediakan.
Sandy, Laila and Zatul ~ Pertama sekali datang jam 3.05petang.
Joe dan rakan setugasnya dari BSB
Kanan - Kiri
Wanie, Bariah, Syaf, Syah and ... (lupa namanya..)
Kiri - kanan : Leni, Syah, Syaf, Liz, Kaffe, Suzi, Hjh Sinah, Ezah, Azlin and Yus
Hmm.. sedang menikmati juadah (dari kiri: Hjh Heyati, Dinah, Masita)
Sedang berceloteh.. dari kiri: Zal, Mimet's hubby, Mimet dan anak-anak.
Diabadikan dalam potret.. dari kiri: Bonda Seliha, Tim, Azlin, Yus, Suzi, Kaffe, Ezah, Hjh Sinah dan Leni
The cute ones.. Adik Rahmah (lupa tanya namanya), Akmal dan adiknya..
Cantik.. Syaf, Bariah, Wanie, Leez
Menu hidangan
Nasi Briyani Ayam Sayur Dalca Ayam Masak Merah Bermadu
Mee Jawa Mee Laksa Ketupat
Sate Ayam Sate Daging Spaghetti Daging
Shepherd's Pie Quiche Ayam Cheese Cake
Teh 'O' Teh Tarik Chocolate Walnut Brownies
Ice Cream Mee Goreng Udang Masak Merah